Blogger Backgrounds

Sunday 23 October 2011

bodo2.jer.


Korang jangan nak kata ini tak penting la itu la..,motif cari kesilapan dalam filem ini bukan untuk kritif.., tapi hobi si Goof..

Meh layan


1. Di awal awal filem, selepas Kunyit minta habuan racing, Dani turunkan tangannya yang berada di dadanya. Namun, semasa Kunyit pergi ke Amran, tangannya berada kembali di dadanya dalam syot lain. Syot seterusnya menunjukkan tangannya kembali berada di bawah.

2. Semasa Kunyit turun dari motor, tangan Dani kanan Dani diam dan jauh dari dagunya. Tukar syot, tangan Dani tiba tiba saja memegang dagunya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Dani tiba tiba berada jauh dari dagunya semula secara tiba tiba.

3. Tangan Amran yang berada di atas dadanya tiba tiba berada di peti semasa Halimaton simbah air.

4. Semasa Amran datang jumpa Halimaton di hospital dapat dilihat ada seorang nurse sedang berjalan bersama pesakitnya masuk dari pintu. Nurse dan pesakit tersebut melewati kaunter dan menghilang. Namun, semasa syot Amran berbual dengan Halimaton, nurse dan pesakit tadi tiba tiba muncul sedang berbual-bual di tepi pintu semula.

5. Kedudukan helmet Amran berubah kedudukan selepas bertukar syot.

6. Tangan Halimaton yang berada di belakang tiba tiba berada di dalam poket hadapannya selepas bertukar syot.

7. Semasa Amran dan Kunyit terkejut nampak hantu bohsia dalam kereta polis, paras air dalam botol bertambah secara tiba tiba.

8. Posisi rantai Amran berubah secara tiba tiba selepas seorang budak datang melihat keadaan mereka yang bogel.

9. Semasa Amran jatuh selepas hantu bohsia jerit kepadanya, kedudukan pengalas kaki berubah dari keadaan asal yang sedikit senget semasa Amran mengintai di sebalik peti ais pada awal tadi.

10. Cawan berisi tisu tiba tiba berada di atas menu makanan semasa Kunyit datang sebelum kembali berada di depan menu makanan semula dalam beberapa syot seterusnya. Malah, posisi tisu juga sudah berubah dari yang sebelumnya.

11. Posisi helmet berubah selepas bertukar syot.

12. Posisi helmet Amran sekali lagi berubah ubah kedudukan semasa Amran nampak Ayu yang sedang tidur di rumahnya. Kedudukan helmet juga berubah2 diantara syot sepanjang babak.

13. Tangan Ayu yang kedua duanya berada di pintu berada di bawah berselang seli diantara syot.

14. TRIVIA: Kalau korang tengok dalam babak ini, ada orang enter frame secara tak sengaja kat belakang. Dia berjalan dengan begnya dan menghilang dalam kegelapan. Rilex, itu bukan hantu k.. :-)

1 comment:

  1. mcm kenal jer entri ni bro..,

    kalau copy paste lain kali kasi backlink k..=)

    ReplyDelete